Sunday, September 13, 2009

inilah pertama kali aku & kawan-kawan menyertai survival laut kat pulau bidong. kitorang hepi sangat2. tak pernah2 sebelum ni kitorang join mana2 aktiviti berkaitan ngan pulau. partama-tama kitorang naik bas kat umt untuk ke jeti, lepas tu kitorang naik bot yg dissediakan untuk ke pulau bidong yg indah tuu. memang bets giler naik bot ramai sambil2 tengok keindahan laut, bak kata pepatah melayu "menyelam sambil minum air". air laut tu punyer la jernih! dengan adanye angin sepoi2 bahasa lagi nikmat ciptaan ilahi. aku rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang join survival laut. saat-saat yg dinantikan telah tiba, akhirnya kitorang sampai gak kat pulau bidong tu. selepas beberapa minit sampai, kitorang diberi taklimat. lepas tu aktiviti pertama ialah "water confident". memang takut giler 1st time aku masuk kat laut dalam, walaupun aku pakai jaket keselamatan...kitorang diajar cara berenang yang betul. aku pada masa tu memang nervous giler la, aku rasa terapung-apung jer...hanya Tuhan jer tahu perasan aku masa tu, sume berenang hingga bot kat tengah-tengah laut tu, aku berenang rasa macam tak geraak jer. lepas naik atas bot tu kitorang disuruh terjun, saat tu la aku pikirkan hidup mati aku.. pada sebelah petangnya kitorang adakan aktiviti dalam kumpulan, time tu kitorang diarahkan buat 1 "cheer song" & aktiviti untuk malam kebudayaan. aku berada dalam kump. pari... sumenya ada 4 kump. terdiri dari ketam,udang & jerung.. keesokan harinya kitorang lakukan 4 aktiviti iaitu snorkelling, memancing, jejak warisan, kayak... antara 4 4 aktiviti tersebut aku paling suka snorkelling, nak tau kenapa??? masa tu, aku sangat2 mensyukuri nikmat ilahi.. dengan adanya ikan warna-warni, batu karang, laut yang membiru... aku terkedu sekejap, memikirkan indahnya ciptaan tuhan yang maha esa...asa tu aku rasa berada di alam lain jer! lepas jer snorkelling,aku rasa pening2 & tulah tandanya aku ni "mabuk laut". huhu... time nak mancing ikan group aku paling banyak ikan, 60ekor tu.. tapi aku tak menyumbang apa2 pon ikan kat group aku, kat atas bot tu aku muntah2.. time tiba kayak kitorang punyer ler excited, al-maklumlah dapat berkayak ngan instructor yang tegas lagi hensem..hehe!! lepas tu kitorang join jejak warisan plak, aktiviti tu sgt best laa.. dapat tahu sejarah2 pelarian vietnam yang menetap di pulau bidong..terdapat banyak artifak,bangunan,kubur,tugu & banyak lagi.. kalo nak tahu lebih lanjut korang perlulah join survival laut kat bidong.....

mine..

mine..

silent please!!!


ShoutMix chat widget